Sejarah SPBT SK. Kilimu Ranau

Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS) Sekolah Kebangsaan Kilimu mula beroperasi pada tahun 2003 di bawah pimpinan Guru Besar Puan Noraisah Hj. Suratman. Sehingga kini, seramai empat orang guru telah mengurus dan menyelaras SPBT ini dengan penuh iltizam. Mereka ialah Puan Mardayah Yusuf (2003-2007), Puan Ninelipeya Lumbog (2008), Puan Normala Abdul Rahim (2009-2010) dan Puan Jaisim Sauting (2011-sehingga kini).

Guru Penyelaras SPBT

jaisim
Pn. Jaisim Sauting
Penyelaras SPBT 2011 hingga Kini.

Pada peringkat awal, Bilik BOSS hanya dikenali sebagai bilik SPBT oleh semua murid tetapi selepas dilancarkan oleh Bahagian Buku Teks (BBT) ke sekolah-sekolah ia telah menunjukkan perubahan dari segi penjagaan, pinjaman buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan SPBT secara menyeluruh.

Selepas berpencennya Puan Noraisah, Allahyarham Saili Bin Masri telah mengambil alih pimpinan sekolah. Sewaktu kepimpinannya, banyak perubahan yang telah dilakukan pada bilik SPBT – BOSS di SK Kilimu sehingga terhasilnya sebuah pengurusan SPBT-BOSS yang lebih cekap, berkesan dan bermaklumat.

Beliau juga sentiasa mengingatkan kepada murid agar memastikan penjagaan buku teks sumbangan kerajaan itu dapat diurus dengan baik supaya dapat menjangkau jangka hayat yang ditetapkan.

Selaras dengan objektif SPBT, SK.Kilimu telah mengelolakan BOSS dengan lebih cekap, efisien dan berinformasi selaras dengan slogan yang digunakan oleh pengurusan SPBT SK Kilimu sendiri. Guru Besar kini, Puan Siti Dayang Suhaimin akan sentiasa memastikan SPBT ini akan terus dilaksanakan dan berterusan maju kehadapan bagi membantu murid melaksanakan pembelajaran agar tidak tercicir dan mempunyai buku teks bagi kegunaan pembelajaran.

Gotong-Royong SPBT

Para guru dan AKS bersama-sama bergotong-royong menceriakan bilik pengurusan SPBT SK Kilimu, Ranau

Ahli Kelab SPBT

Ahli Kelab SPBT SKK SK. Kilimu Ranau Tahun 2015

Guru Penyelaras SPBT SK Kilimu, Ranau – Puan Jaisim Sauting bersama-sama ahli kelab SPBT

Pemeriksaan Buku Teks

Tarikh : 6 Febuari 2015
Hari : Jumaat
Masa : 7:15 a.m - 10.20 a.m

Tags: 
Subscribe to Laman Web SPBT SK. Kilimu Ranau RSS